Categories
SELANGOR

Taklimat SPRM untuk pemain Red Giants elak ‘bookie’

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 30 APR: Pengurus Red Giants, Amirudin Shari , melahirkan keyakinan tinggi pemainnya bebas gejala rasuah dan bookie.

Beliau berkata, pihaknya bertekad mengatasi gejala bookie dan rasuah dengan meningkatkan integiriti dalam kalangan pemain.

Dalam usaha memastikan inisatif itu berhasil,  pengurusan Red Giants bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi memastikan sukan bola sepak Selangor bebas gejala rasuah.

“Hari ini, kita menghadiri taklimat integriti berkenaan rasuah bola sepak yang dianjurkan SPRM bertujuan meningkatkan integriti dan mengatasi gejala rasuah dalam kalangan pemain.

amir bola“Walaupun menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa tiada pemain terlibat dengan rasuah , tetapi ingin saya tegaskan gejala ini banyak merosakkan perkembangan sukan itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Aspirasi Bersama Penaja International Selangor Cyber Games 2015 di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini, hari ini.

Amirudin berkata, taklimat integriti itu sebahagian siri program pembangunan yang diatur untuk pemain Selangor.

“Sebelum ini, kita turut mengadakan program menguruskan media, pengurusan kewangan dan pengurusan kerja kebajikan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.