Categories
SELANGOR

Usaha MBPJ banteras iklan haram patut dicontohi

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 21 APR: Ketangkasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menurunkan iklan haram diharap dapat dikekalkan dan menjadi ikutan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.

Usahawan, Jamal Affendi Jamaludin, 34, berkata, tindakan MBPJ sentiasa peka dalam aktiviti penguatkuasaan dan tidak berkompromi dalam isu iklan haram perlu dipuji agar aktiviti itu mampu dibanteras.

CDFlCGBUEAAQIyE“MBPJ ini memang ‘jahat’. Sekejap sahaja iklan haram naik habis dia turunkan.

“Baguslah begitu kerana ia menunjukkan mereka jalankan tanggungjawab dengan baik,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, tukang kasut, Hamdi Shafie, 35, berkata, tindakan MBPJ itu tepat dalam melindungi keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

“Kadang-kala kalau angin kuat, iklan haram jenis ‘bunting’ boleh terbang hingga membahayakan penunggang motosikal.

“Iklan haram bukan sahaja merugikan PBT, tetapi hanya menyumbang kepada sampah sarap sahaja,” katanya yang mengaku kerap menurunkan iklan haram sendiri.

Pagi ini, MBPJ menjalankan operasi menurunkan iklan haram di sekitar The Strand dan Dataran Sunway, Kota Damansara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.