Categories
SELANGOR

Veteran: Pemain muda kena tambah skil, disiplin & rajin

Oleh : ASRI SAPIE

SUBANG JAYA 26 APR: Pemain muda bola sepak perlu rajin menimba pengalaman dan berusaha memantapkan corak permainan selain bermain untuk negara berbanding faktor kewangan.

Pemain veteran, Aiman Firdaus Tan Abdullah berkata, konsistensi dan gaya pemainan mantap adalah hasil daripada kesefahaman pemain dan ini seharusnya diterapkan dalam permainan pemain muda masa kini.

AFTA aBeliau mengingatkan pemain muda supaya bekerja lebih keras dalam meningkatkan prestasi dan konsistensi permainan mereka.

“Seharusnya mereka perlu memberikan 120 peratus dalam permainan mereka kerana ini adalah kerjaya mereka,” kata beliau.

Beliau turut mengingatkan pemain muda supaya sentiasa memikirkan masa depan dan mereka perlu membuat persediaan khususnya dari segi kewangan.

Tambah beliau, kerjaya bola sepak bukan dalam tempoh lama, akan sampai tahap perkhidmatan mereka tidak lagi diperlukan dan bakat muda yang lain mengambilalih tugas.

“Gah mana, hebat mana, glamer mana dah tak guna dah, masa tu dah tiada orang nak pandang,” kata beliau.

Pengurus pasukan Ex-MPSJ, Dr Sharizan Samdin,43, berpandangan pemain muda perlu menambah dan mencari skil permainan supaya corak permainan mereka lebih pelbagai.

sharizan samdin a“Mereka perlu memperbanyakkan latihan dan mengemaskan lagi disiplin mereka supaya mereka dapat bermain dalam tahap optimum,” kata beliau.

Bagi pengurus pasukan Veteran Bangsar,Ilyas Awang,50, berkata seharusnya konsep bermain demi cintakan negara perlu lebih diterapkan dalam diri pemain kerana dari situlah lahirnya lagenda bola sepak hebat seperti Arwah Mokhtar Dahari.

“Pemain sekarang kebanyakannya memandang duit sebelum bermain. Ini salah satu sebab semangat berjuang mereka lemah,” kata beliau.

Mereka ditemui pada perlawanan pembukaan Bola Sepak Veteran edisi ke-2 anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini.

IMG_8478aYang Di-Pertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata tujuan penganjuran acara itu untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan pemain dan menggalakkan mereka aktif bersukan.

“Diharap penganjuran acara ini dapat kita jadikan acara tahunan di sini kerana ia merupakan program positif,” kata beliau.

Perlawanan pembukaan menyaksikan pasukan EX-MPSJ membenam pasukan MP Muar 4 – 1.

Sebannyak 12 pasukan bertanding bagi merebut hadiah terkumpul berjumlah RM12,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published.