Categories
SELANGOR

Wan Azizah tetap pantau Kajang biarpun sibuk kempen

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 29 APR: Biarpun sibuk berkempen, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak melupakan tugasnya sebagai Adun Kajang memantau masalah DUN itu.

Semalam, Azizah dengan segera menghubungi Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talip ketika Dun itu mengalami banjir kilat.

DSC_2261“Saya sudah berhubung dengan Exco Infrastruktur, Zaidy Abdul Talib untuk memberi laporan mengenai banjir semalam,” katanya.

Beliau berkata walaupun beliau kini sibuk berkempen di Permatang Pauh namun tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai Adun Kajang.

“Saya memantau juga Kajang dari sini. Saya juga ada teman-teman saya di sana. Exco akan memantau segera.

“Begitu juga, saya ada Timbalan Presiden, iaitu Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

“Kita kena tahu di sana sedang dalam pembinaan MRT, banyak pembangunan infrastruktur yang dibangunkan,” katanya.

Wan Azizah juga mengingatkan banjir di Kajang bukan perkara baru malah masalah itu ketika zaman BN lagi.

Sementara itu, Azizah teruja dengan sambutan pengundi Permatang Pauh yang dilihatnya sebagai sebuah keluarga.

Dalam sidang media, di sini beliau gembira sepanjang perjalanan kempennya yang kini memasuki hari lima hari.

” Perjalanan kempen setakat ini, saya dapati saya dapat sambutan dengan ramai orang, seperti ‘lama tak jumpa’.

“Mereka adalah seperti keluarga sangat bagus. Bila saya bertanya khabar mereka mesti tanya ‘apa khabar Datuk Seri’.

“Perjalanan kali ini sangat mengingati Anwar. Ini bermakna Anwar tidak dilupakan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.