Categories
SELANGOR

221 asnaf berjaya keluar kepompong kemiskinan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 MEI: Sejumlah RM3.7 juta bantuan ekonomi diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan miskin serta mualaf sejak Januari hingga April lalu.

Pengurus Sektor Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, ia bagi membantu golongan itu meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan melalui pelbagai sektor.

“Bantuan ini hanya disediakan untuk asnaf fakir dan miskin serta mualaf di Selangor yang berdaftar dengan LZS.

lzs“Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah modal perniagaan, bantuan perikana dan penternakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, RM22.2 juta diperuntukkan LZS untuk pembangunan ekonomi golongan berkenaan tahun lalu.

Pada masa sama, Norajun berkata, seramai 1,859 asnaf sudah menerima bantuan perniagaan daripada LZS sehingga kini.

“Bantuan perniagaan disalurkan maksimum RM5,000 merangkumi modal dan barangan atau mesin untuk golongan asnaf memulakan perniagaan,” katanya.

Seramai 221 asnaf berjaya keluar dari kepompong kemiskinan daripada jumlah penerima bantuan perniagaan berkenaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.