Categories
SELANGOR

Festival Fesyen Orked Selangor 2015 inspirasi wanita tampil imej segar & sopan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 31 MEI: Festival Fesyen Orked Selangor (SOFF) 2015 inspirasi terkini bagi membuka minda dan meluaskan pengetahuan wanita dalam dan luar bandar melalui rekaan terkini yang diketengahkan.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata, ia dapat membuka pandangan betapa pentingnya wanita menjaga imej dan berketerampilan menarik.

Pelancaran ORKED oleh YB Daroyah di SACC Shah Alam (9)“Ia menggalakkan wanita di negeri ini berfesyen mengikut peredaran zaman tetapi dalam penggayaan yang anggun dan sopan.

“Kini, busana muslimah semakin mendapat sambutan dalam kalangan anak muda.

“Kita juga ingin terapkan kepada golongan wanita terutama di luar bandar berkenaan keistimewaan busana ini,” katanya.

Daroyah berkata, festival berkenaan juga dapat memberi peluang kepada wanita menikmati fesyen terkini dan mendapat ilham untuk masa hadapan.

“Wanita kini semakin bijak menilai dan mula bergiat aktif mengadakan program peragaan muslimah. Mereka juga mengembangkan perniagaan rekaan pakaian mengikut citarasa tersendiri.

“Festival ini juga menggalakkan penglibatan lebih ramai wanita dalam bidang fesyen. Ia juga salah satu agenda membangunkan wanita di Selangor,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.