Categories
SELANGOR

Hasil negeri catat lebih RM1 bilion 5 bulan pertama

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA SELANGOR, 11 MEI: Hasil kutipan Kerajaan Selangor melebihi RM1 bilion dalam tempoh lima bulan pertama bagi 2015, kata Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Katanya kejayaan itu faktor pengurusan pentadbiran negeri yang baik, amanah dan bertanggungjawab dalam menjaga amanat rakyat.

Selangor maju“Saya panggil Pegawai Kewangan Selangor, Datuk Noordin Sulaiman dan tanya berapa hasil negeri dalam tempoh lima bulan pertama bagi 2015?

“Beliau maklumkan dalam lima bulan pertama hasil negeri sudah melebihi 1 bilion (kutipan yang dibuat).

“Hasil ini tidak perlu disimpan Kerajaan Negeri sebaliknya ia mesti diterjemahkan dalam bentuk program yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan di hadapan lebih 2,000 hadirin pada Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan Fasa Kedua Hijrah Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam.

Beliau juga memberi jaminan sentiasa memastikan pengurusan ekonomi Selangor telus, bertanggungjawab, tiada kebocoran, rasuah mahupun penyelewengan.

“Saya beri jaminan pentadbiran Selangor, teras pentadbiran kita mestilah bersih, amanah, tidak rasuah, tidak salah guna kuasa kerana kerajaan ini adalah milik rakyat yang perlu dijaga dengan amanah dan bertanggungjawab,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.