Categories
SELANGOR

Imigresen perlu serius tangani lambakan warga asing

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 MEI: Jabatan Imigresen perlu menangani lambakan warga asing yang semakin serius bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh negara kerana ada antara mereka mampu menjadi pemilik perniagaan.

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, undang-undang khas perlu dikuatkuasakan sama ada di peringkat persekutuan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya rakyat tempatan yang memajak lesen perniagaan kepada warga asing diambil tindakan.

Beliau berkata, keselamatan rakyat tempatan perlu diambil kira kerana hal itu masih dianggap remeh walaupun sering dibangkitkan dan situasi itu semakin berleluasa.

warga asing -sosial“Saya rasa isu ini sering dibangkitkan dalam perjumpaan bersama polis dan di Dewan Negeri Selangor.

“Kita tidak halang kemasukan warg asing tetapi bimbang kebanjiran ini boleh mendatangkan masalah lain antaranya kebersihan, keselamatan dan mengambil alih peranan warga tempatan contohnya dalam sektor industri.

“Kekosongan sektor ini sepatutnya diisi golongan berpendapatan rendah,” katanya kepada Selangor Kini.

Sejak beberapa tahun lalu, warga asing dilihat mampu menguruskan perniagaan secara serius melalui pajakan atau sewaan lesen daripada warga tempatan.

rodziah pc green 20 jul 01Keadaan itu banyak menimbulkan rasa kurang senang peniaga tempatan dan orang awam.

Sebelum ini, beberapa pengunjung pasar basah dan pasar terbuka di Taman Seri Muda, di sini, melahirkan rasa apabila 99 peratus peniaga dan pengunjung lokasi itu adalah warga asing.

Memetik Sinar Harian, kebanyakan warga asing terutama Bangladesh membuka perniagaan menjual ayam, sayur dan turut mengusahakan premis gerai makanan serta pakaian.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.