Categories
NASIONAL

Kak Wan sayu teringat Anwar di hari pengundian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 7 MEI: Calon Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sayu apabila terkenangkan suaminya yang merengkok dipenjara akibat fitnah yang menyebabkan PRK itu diadakan.

Dr Wan Azizah berkata, beliau dan keluarga akan terus menghadapi cabaran bagi memastikan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat terbela.

“Saya berdoa dan berharap pengundi Permatang Pauh bersama saya. Saya tidak fikir pengundi Permatang Pauh suka melihat saya jatuh.

_MG_6053“Sedih, sepatutnya pilihan raya ini tidak berlaku tetapi hidup perlu diteruskan. Kita perlu berjuang.

“Kalau kita menerima kezaliman ini adalah ujian. Tuhan mahu melihat apa akan kita lakukan, bagaimana menerima cabaran dan hadapinya dengan cara yang betul,” katanya di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di sini.

Beliau yang tiba di pusat mengundi itu sekitar jam 8.30 pagi turut berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meningkatkan lagi kemudahan bagi pengundi orang kelainan upaya (OKU) setanding negara maju.

“Saya ada dapat sedikit aduan supaya kemudahan kerusi roda untuk OKU ditambah baik lagi berbanding sedia ada,” katanya.

Ketibaan Dr Wan Azizah disambut dengan laungan reformasi kira-kira 100 penyokong PR sambil mengibarkan bendera PKR.

PRK Permatang Pauh diadakan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun berhubung kes fitnah 2.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.