Categories
NASIONAL

Khairy patut letak jawatan jika ada prinsip

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 MEI: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin patut menyahut cabaran Rafizi Ramli untuk meletakkan jawatan jika tidak berpuas hati isu kepincangan 1MDB,Tabung Haji dan KWAP.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Khairy sepatutnya memaklumkan secara umum penerangan diberikan Perdana Menteri dan juga sebab mengapa beliau tidak berpuas hati.

khairy gengster“Sebelum ini Khairy sering menyatakan kerisauan dan meminta penjelasan terhadap isu-isu hangat seperti GST, 1MDB dan Tabung Haji dan pada hari seterusnya dia menzahirkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Najib Razak.

“Kejadian ini jelas menunjukkan keutamaan diberi Khairy tertumpu kepada survival politik, dan bukannya aspirasi dan kepentingan anak muda,” katanya dalam kenyataan media.

Nik Nazmi berkata, golongan muda memerlukan pemimpin sebenar untuk memastikan pimpinan atasan bertanggungjawab ke atas tindak tanduk mereka kerana memperlekehkan tugasan institusi awam.

“Malangnya, kita dikecewakan lagi dalam waktu sama dia merupakan suara keserdahanaan di dalam Umno.

“Diharap komen terkini dia tidak bermaksud Pemuda UMNO berhenti menyuarakan pendapat secara kritikal terhadap isu-isu hangat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.