Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: JAKESS perkenal sistem Fast Track, cerai dalam enam jam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 MEI: Pasangan yang mencapai persetujuan untuk bercerai tidak perlu lagi menunggu 90 hari bagi menyelesaikan kes mereka.

Sebaliknya, proses itu diselesaikan kurang enam jam apabila Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) mewujudkan ‘fast track’.

Dr Mohd Na'im Mokhtar 1Ketua Hakim Syarie Selangor, Yang Amat Arif Dr Mohd Na’im Mokhtar menjangka sistem itu akan diperluas ke seluruh Selangor selewat-lewatnya Jun ini.

“JAKESS bangunkan ‘fast track’ bagi kes perceraian yang ada persetujuaan bersama. Sebelum ini, ia mengambil masa 90 hari.

“Kita sedang laksanakan kajian permulaan pelaksanaan ‘fast track’ di Mahkamah Syariah Petaling, Kuala Langat dan Sabak Bernam,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau dimaklumkan pelaksanaan sistem itu berjalan lancar, malah beberapa mahkamah syariah peringkat daerah lain juga mula melaksanakannya.

Sehingga kini, katanya, 12 Mahkamah Syariah sudah mewujud ‘fast track’ dan menyelesaikan 210 kes perceraian dalam tempoh kurang enam jam.

 

KES PERCERAIAN FAST TRACK DI SELANGOR

Mahkamah Syariah Bilangan Kes
—————————————————–
Gombak Darat 54
Sabak Bernam 19
Ampang 22
Hulu Langat 3
Kuala Langat 37
Petaling Jaya 3
Sepang 68
Hulu Selangor 4

* Belum ada kes di Shah Alam, Klang, Kuala Selangor dan Gombak Timur

Leave a Reply

Your email address will not be published.