Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: TEPAT bantu pembeli teraniaya

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Penubuhan Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (Tepat) sebagai langkah pemulihan projek bermasalah melalui peruntukan RM20 juta.

Penubuhan tabung itu diumumkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada Belanjawan Selangor 2015, November lalu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata, kejayaan penyelesaian projek terbengkalai sejak Mac 2008 suatu perkembangan baik.

rumah“Sebanyak 55 projek dipulihkan dan ia pencapaian baik berikutan kebanyakan projek terbengkalai mengalami defisit.

“Ini bermakna kos untuk siapkan projek lebih tinggi daripada harga jualan asal. Maksudnya, pembeli perlu membuat bayaran tambahan jika hendak disiapkan.

“Namun, pembeli tidak mampu buat bayaran tambahan dan situasi ini berlaku bagi projek rumah kos rendah,” katanya kepada Selangor Kini.

Melalui TEPAT, beliau berkata, ia membuktikan komitmen Kerajaan Selangor untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

“Beberapa projek sudah dikenal pasti LPHS. Pembeli tidak perlu buat bayaran tambahan atau hanya membuat bayaran minimum untuk pulihkan projek,” katanya.

yb iskandar 1“Walaupun TEPAT tidak dapat memulihkan semua projek terbengkalai tetapi dapat membantu mangsa yang memerlukan pembelaan.

“Untuk projek lain, pembeli perlu capai persetujuan dengan pemaju mengenai pelan penyelesaian terbaik oleh kedua-dua pihak.

“Bank juga tidak boleh mendapat keseluruhan wang dan perlu ada pengorbanan semua pihak. Pembeli sudah menjadi korban dan bank mesti memahami masalah mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.