Categories
SELANGOR

Lima teras asas pelaksanaan 4 fasa AGENDA

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 MEI: Agenda Makmur Selangor (Agenda) dan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) mampu dilaksana mengikut lima teras yang digariskan.

Ketua Pegawai Eksekutif DEIG, Raja Shahreen Raja Othman berkata, wawasan Agenda adalah menjadikan Selangor sebagai destinasi paling makmur, bersih dan peduli rakyat.

“Lima strategi teras adalah meningkatkan nilai kewangan dan strategik pelaburan sedia ada dan yang baru. Selain itu adalah rasionalisasi aset antara aagensi dan pelaburan negeri.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)“Mengukuh tadbir urus korporat dan budaya berprestasi tinggi, meningkatkan daya saing GLC negeri serta memperhebat tanggungjawab sosial dan penjagaan alam sekitar,” katanya dalam pembentangan sebelum majlis perasmian Agenda, di sini, hari ini.

Agenda yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, turut menetapkan empat matlamat antaranya menjana hasil tinggi untuk negeri, memastikan pertumbuhan lestari dan keadilan dalam pengagihan, menjamin kehidupan berkualiti untuk rakyat serta mencipta pekerjaan bernilai tinggi.

Raja Shahreen berkata, tiga prinsip panduan juga diletakkan dalam pelaksanaan Agenda iaitu fokus terhadap prestasi dan hasil; akauntibiliti, berkualiti dan mampan serta kerjasama dengan pihak pemegang kepentingan.

ceo-admin-ajaxKatanya, Agenda akan dilaksankan melalui empat fasa bermula tahun ini sehingga tahun 2025.

“Fasa pertama bermula tahun ini dengan tema mobilisasi dan perancangan, manakala fasa kedua pada tahun hadapan membabitkan pengukuhan tapak asas.

“Mencapai kecemerlangan dan dapat mempertahankan prestasi yang tinggi secara berterusan pula adalah tema fasa ketiga yang akan bermula tahun 2017 hingga 2018.

“Sementara itu, tema manfaat daripada semua perubahan disampaikan kepada seluruh Selangor untuk tahun 2019 hingga 2025,”katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.