Categories
SELANGOR

MB: Selangor pelopori bidang kepakaran, teroka peluang di Jerman

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 MEI: Selangor kini sedang meneroka peluang kerjasama dengan institusi teknikal Jerman untuk mempercepatkan pengeluaran tenaga mahir dan berpengetahuan di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, negeri itu juga akan mengambil langkah proaktif mempelopori latihan kepakaran dan kemahiran walaupun pendidikan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Majlis Konvokesyen UNISEL ke-9 MB (9)“Sistem pendidikan negara memerlukan satu reformasi supaya tidak hanya memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik tetapi turut memiliki ketrampilan teknikal dan profesional.

“Kita harus belajar dari Jerman yang menjalankan sistem dua serampang dan menjadi teras kepada kejayaan perindustriannya.,” katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin berkata, Universiti Selangor (Unisel)  juga diminta mengorak langkah menjadi hab pendidikan untuk mencapai hasrat melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang tenaga mahir berkualiti.

“Kita kini merancang supaya institusi pendidikan tinggi seperti Unisel berkembang menjadi universiti serantau dengan menubuhkan kampus di negara jiran dan mengadakan kerjasama konstruktif dengan universiti terkemuka dunia,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.