Categories
SELANGOR

MB: Kecualikan GST perkhidmatan kerajaan boleh jika Persekutuan lakukan

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA KUBU BHARU 11 MEI: Kerajaan Selangor mengambil pendirian berhati-hati berkenaan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam perkhidmatan kerajaan kerana ia melibatkan perundangan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata pengecualian itu boleh dilakukan sekiranya sekiranya Kerajaan Persekutuan memberi pengecualian atas beberapa sektor perkhidmatan.

mb-kuala kubu 1 (1)Beliau berkata biarpun pelaksanaan GST ditentang, kutipan cukai itu perlu dilakukan kerana ia sebahagian dari tanggungjawab negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

“Perlu berhati-hati, perkara ini melibatkan perundangan tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah mengutip cukai bagi pihak Kerajaan Persekutuan.

“Memang pendirian Selangor membantah (GST), oleh kerana ia diluluskan dalam Dewan Rakyat, apakah boleh kita (Selangor) serap atau tidak mengutip cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Borang Notis 5A di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, di sini, hari ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.