Categories
SELANGOR

MB: “Saya hanya tanya soalan, kenapa perlu minta maaf?”

SERI KEMBANGAN 10 MEI: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini.

Mohamed Azmin berkata beliau hanya mengemukakan soalan kepada KPN dan beliau tidak perlu memohon maaf berkenaan dakwaan beliau menghina.

Katanya beliau telah mengemukakan salinan klip video itu kepada peguamnya.

MB soalan“Saya hanya bertanya soalan dalam bentuk soalan, sebab itu saya sudah dapatkan semua rakaman ucapan saya dalam program tersebut dan saya sudah serahkan kepada pihak peguam

“Adakah saya perlu memohon maaf untuk bertanya soalan,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Layak Menduduki Projek Perumahan Pangsapuri Sri Indah.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau dakwaan menghina Khalid dengan menggelarnya “barua Umno” semasa ceramah politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.