Categories
SELANGOR

MB: Surat mohon kecualikan GST PBT dihantar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 MEI: Surat dihantar ke Kementerian Kewangan memohon pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu diambil ekoran keputusan dibuat dalam Mesyuarat Exco hari ini.

MB rasmi Luncheon Buku Saidina Umar Abdul Aziz di Concorde Shah Alam (9)“Sekiranya perkara ini dapat dipertimbangkan, kita dapat selaraskan di seluruh PBT.

“Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) diarah jalankan kajian dan semakan implikasi kewangan sekiranya Kerajaan Negeri serap cukai GST ini bagi kepentingan rakyat,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Luncheon Talk Buku “Khalifah Umar Abdul Aziz” karangan Dr. Ali Muhammad As-Shallabi di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Jelas beliau kajian implikasi kewangan itu penting bagi memastikan jumlah cukai perlu diserap Kerajaan Negeri.

Tambah Mohamed Azmin lagi, keadaan di Selangor jauh berbeza dengan Negeri Pulau Pinang yang hanya mempunyai dua buah PBT berbanding 12 PBT di Selangor.

“Sebahagian besar PBT itu berada di kawasan bandar yang sudah tentu memerlukan kajian implikasi kewangan ditanggung Kerajaan Negeri,” kata Mohamed Azmin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.