Categories
SELANGOR

Penguatkuasa ‘frontliner’ imej MBSA

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 7 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) komited menyediakan perkhidmatan perbandaran cemerlang membabitkan aspek keselamatan, persiapan menghadapi bencana dan aktiviti penguatkuasaan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, MBSA merekrut anggota penguatkuasa dan pengawal keselamatan baharu bagi memastikan perkhidmatan di wilayah seliaannya mencapai matlamat.

SHAH ALAM 07 May 2015. Anggota Penguatkuasa membuat persembahan Kawad Formasi ketika di Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pembantu Penguatkuasa dan Pengawal Keselamatan Siri 1 / 2015 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. STR/Faiz Anuar

“Anggota penguatkuasa adalah ‘frontliner’ yang membawa imej MBSA di mata warga Shah Alam. Diharapkan mereka tegas, berpengetahuan, bertanggungjawab, berintegriti dan amanah dalam setiap tugasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pembantu Penguatkuasa dan Pengawal Keselamatan siri 1 /2015, di Dataran Kemerdekaan, di sini, semalam.

Hadir sama Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Roslan Darus; Pemangku Timbalan Setiausaha MBSA, Rosli Bakar dan Ahli Majlis MBSA.

Seramai 36 penguatkuasa dan pengawal keselamatan berjaya menamatkan kursus merangkumi latihan fizikal, mental dan akademik selama sebulan, bermula 1 April lalu.

SHAH ALAM 07 May 2015. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, menyampaikan ucapan ketika di Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pembantu Penguatkuasa dan Pengawal Keselamatan Siri 1 / 2015 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. STR/Faiz Anuar

“Antara latihan yang diberikan adalah kawad kaki, seni mempertahankan diri, tempur tanpa senjata dan pendedahan akademik berkenaan penguatkuasaan serta undang-undang.

“Anggota juga didedahkan dengan tugasan sebenar dan ditempatkan di setiap zon sebagai persediaan awal sebelum mereka memberi khidmat kepada warga setempat,” katanya.

Acara penyampaian sijil tamat latihan dan anugerah khas kepada anggota baharu disempurnakan Ahmad Zaharin dan majlis itu turut diserikan dengan persembahan kawad kaki dan kawad farmasi, brass band, tempur tanpa sejata, pecah genting dan lompat berapi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.