Categories
SELANGOR

Perangsang Selangor sumbang RM30,000 bina Bilik Terapi ‘Azzahra’

SHAH ALAM, 27 MEI : Sejumlah RM30,000 disumbangkan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) bagi membina bilik terapi pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi), di sini.

Peruntukan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perangsang Selangor untuk keperluan pelajar di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

PerangsangPengurus Kanannya, Mohd Fauzi Mohd Ghazali, berkata Perangsang Selangor berusaha meningkatkan taraf sosial masyarakat melalui inisiatif Program Rangsangan Tanggungjawab Masyarakat Selangor (RTMS).

“Dengan terbinanya bilik terapi pendidikan khas ini, para guru dan pelajar di bawah pendidikan khas dapat menikmati suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Raja Muda (Integrasi), Kamarruzaman Yahya, berkata bilik terapi dikenali sebagai Azzahra itu mampu memenuhi standard keperluan pelajar istimewa.

Katanya pelajar berkeperluan khas ini juga berpeluang mengikuti program yang relevan dan sesuai untuk mengoptimumkan potensi mereka.

Perangsang2“Buat masa ini, SK Raja Muda (Integrasi) mempunyai seramai 66 murid yang sedang mengikuti PPKI dan saya menyimpan hasrat supaya bilik terapi ini disiapkan sebelum bersara.

Alhamdulillah, Perangsang Selangor tampil menghulurkan bantuan di saat-saat kami memerlukan dana bagi menampung kos pembinaan bilik terapi pendidikan khas Azzahra,” katanya.

Sementara itu, Khairunnisa M Zain, yang merupakan ibu kepada pelajar khas di sekolah berkenaan berkata perkembangan anaknya amat menggalakkan melalui pembelajaran di bilik terapi.

“Selain berupaya mengikuti pelajaran dengan baik, dia juga boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan lancar dan mengendalikan komputer.

“Diharap kemudahan baharu ini dapat memudahkan tugas guru dan seterusnya memanfaatkan pelajar pendidikan khas dalam menjalani proses pemulihan serta meningkatkan keupayaan mereka,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.