Categories
KENYATAAN MEDIA

Pindaan jadual Liga Bola Sepak Malaysia ganggu perancangan pasukan

Oleh: AMIRUDIN SHARI

Bagi pihak pengurusan pasukan bola sepak Selangor, saya ingin melahirkan rasa dukacita di atas tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang meminda sekali lagi jadual pertandingan Liga Malaysia. Ini sekali gus menyebabkan perancangan pasukan-pasukan yang
bertanding di Liga Malaysia terganggu.

Saya tidak menafikan bahawa perlawanan persahabatan antarabangsa memberikan manfaat kepada pemain kebangsaan kita namun
perlawanan yang tidak memberi faedah kepada ranking perlu dirancang dengan lebih teratur agar tidak menganggu perjalanan Liga Malaysia.

Saya dimaklumkan bahawa terdapat ramai para penyokong yang telah membeli tiket perjalanan lebih awal menurut jadual pertandingan. Ini telah menyebabkan kerugian kewangan dan masalah logistik kepada para penyokong pasukan-pasukan Liga Malaysia.

Saya merasakan FAM sepatutnya merancang jadual pertandingan secara lebih konsisten dan tidak meminda berkali-kali jadual pertandingan Liga Malaysia memandangkan jadual Sukan SEA atau pelbagai pertandingan lain sudah diketahui sejak sekian lama.

Saya juga berpendapat agar perlawanan bolasepak yang tidak diperakui(sanctioned) oleh FIFA seperti perlawanan persahabatan bukanlah sepatutnya menjadi keutamaan.

# Amirudin Shari adalah Pengurus Pasukan Bola Sepak Selangor merangkap EXCO Kerajaan Negeri

Leave a Reply

Your email address will not be published.