Categories
SELANGOR

RM11 juta disalur kepada 466 sekolah seluruh Selangor

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA KUBU BHARU, 22 MEI: Selangor mengagihkan hampir RM11 juta kepada 466 sekolah seluruh negeri, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, Hulu Selangor menerima RM565,000 melibatkan 28 sekolah merangkumi 10 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta lapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

YB Nik Nazmi sampaikan sumbangan di Kuala Kubu Bharu (4)“Hulu Selangor daerah keempat menerima bantuan pendidikan selepas Gombak, Klang dan Hulu Langat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Agihan Bantuan Pendidikan Selangor 2015 peringkat Hulu Selangor, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong dan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Yatim.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Negeri komited menambahbaik akses pendidikan dalam melahirkan generasi berilmu melalui pelbagai skim bantuan.

“Kerajaan Selangor memandang serius perkembangan sektor pendidikan.

“Kita ada beberapa program dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang secara khusus menjaga kebajikan pendidikan anak negeri ini seperti Tawas, Tunas, Sikembar, PTRS dan HPIPT.

YB Nik Nazmi sampaikan sumbangan di Kuala Kubu Bharu (2)“Program agihan yang diberi juga khusus membantu pembangunan prasarana pendidikan berdasar keperluan sekolah terlibat.

“Inisiatif ini membolehkan suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif apabila kemudahan pendidikan berada pada tahap baik,” katanya.

Tahun ini , Kerajaan Negeri memperuntukkan jumlah keseluruhan Bantuan Pendidikan Selangor sebanyak RM16 juta dengan RM11 juta sudah berjaya disalurkan.

Daripada iumlah itu, SAR  menerima RM6 juta, manakala SJKC dan SJKT masing-masing RM4 juta.

“Baki RM2 juta adalah rizab kegunaan kecemasan seperti kebakaran atau bencana alam.

“Rizab ini yang Kerajaan Negeri guna bagi membantu Sekolah Tahfiz Khairul Alam, di Seri Muda, Shah Alam yang musnah terbakar, baru-baru ini,” katanya.

Pada majlis sama, Kerajaan Negeri turut menyalurkan Tunas berjumlah RM62,250 kepada 415 keluarga, manakala RM10,000 diagih melalui program Hadiah Anak Masuk Universiti kepada 10 pelajar di daerah itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.