Categories
SELANGOR

PWD: ‘Seorang wanita, satu produk’

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 MEI: ‘Seorang Wanita, Satu Produk’ antara perancangan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) dalam usaha memartabatkan ekonomi wanita khususnya kawasan luar bandar.

Penyelia PWB Dun Sabak, Azizah Samin berkata beliau mahu melahirkan seorang wanita berjaya setiap tahun untuk menjadi contok kepada wanita lain.

azizah binti samin 52 dun sabak“Seorang wanita ini akan membawa wanita lain bekerja atau mencontohi beliau.

“Apabila berjaya, beliau akan memberi pendapatan kepada wanita lain,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata usaha giat dijalankan untuk membawa wanita keluar dari kepompong kebergantungan sumber pendapatan dari suami.

“Sabak memang mempunyai masalah sumber pendapatan. Ramai suri rumah yang tidak bekerja.

“Jadi saya mahu mereka ini membina kehidupan, yang tidak mengharapkan suami mencari rezeki,” katanya.

Penyelia PWB Sungai Air Tawar, Siti latiffah Maulud berkata beliau mempunyai pendekatan berbeza dengan mahu memberikan perhatian kepada golongan remaja.

siti latiffah binti maulud 47 dun sungai taar“Kita mahu golongan remaja tidak ketinggalan dalam membina kehidupan mereka dan tidak terhanyut.

“Pelbagai program motivasi akan dirangka untuk menarik golongan ini,” katanya.

Disamping itu, beliau berusaha melaksanakan pelbagai program memantapkan ekonomi keluarga suri rumah tangga, ibu tunggal dan asnaf.

“Setakat ini, program dijalankan tidak kurang dari 60 orang sertai.

“Banyak hasil kraftangan berjaya dihasilkan, kita juga memasarkan hasil produk dihasilkan ke kawasan luar,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.