Categories
SELANGOR

Rekaan unik graduan KKTM Rembau dinobat juara SOFF 2015

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 31 MEI: Festival Fesyen Orked Selangor (SOFF) 2015 menjadi medan kepada bakat baru untuk lebih dikenali dan hasil rekaan mereka dinilai dalam dunia fesyen.

Johan Pertandingan SOFF, Muhamad Sabri Mohd Azhar, 21, berkata pertandingan itu memberi peluang kepada pereka muda sepertinya menonjolkan bakat yang terpendam.

pertama a“Saya sangat gembira kerana rekaan dipilih menjadi juara memandangkan terdapat 21 peserta bertanding.

“Ini juga pertandingan pertama yang disertai selepas tiga tahun tamat pembelajaran di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau dalam bidang rekaan pakaian.

“Saya berharap selepas ini akan lebih dikenali dan rekaan dihasilkan akan dihargai penggemar fesyen,” katanya kepada Selangor Kini.

Model sampingan, Norhaziqah, 25, berkata keunikan rekaan dan ketelitian setiap jahitan faktor yang membolehkan Sabru dinobat sebagai juara.

“Rekaannya yang berlainan berbanding peserta lain dan material yang digunakan juga sangat berkualiti membuatkan pemakai rasa selesa,” katanya.

kedua aNaib Johan, Muhammad Suhaimi Sahari, 21, pula berkata pereka muda dapat menunjukkan pelbagai rekaan yang unik kepada orang ramai melalui festival berkenaan.

“Inspirasi saya untuk menghasilkan rekaan adalah dari alam sekitar dan reka bentuk banggunan. Saya akan pecahkan idea itu untuk menghasilkan sehelai baju yang unik.

“Saya berharap Kerajaan Negeri akan meneruskan program sebegini kerana ia membantu pereka muda menaikkan nama mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.