Categories
SELANGOR

Selangor azam jadi pengeluar atlet terbaik negara

Oleh : AFEEQA AFEERA

BATU CAVES, 2 MEI: Penganjuran Liga Sukan Selangor (PLUS) di setiap DUN bakal menjadi platform melahirkan atlet terbaik mewakili negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata ia selaras dengan hasrat Selangor untuk menjadi pengeluar dan penyumbang atlet bertaraf tinggi.

AmirKatanya semua Pusat Khidmat DUN diarahkan untuk menganjurkan tiga program sukan utama iaitu bola jaring, bola keranjang dan futsal.

“Kita ingin lihat aktiviti sukan menjadi sebahagian daripada paksi atau asas pembangunan di negeri ini dan menggalakkan minat masyarakat supaya tidak menganggap sukan sebagai kegiatan sampingan mengisi masa lapang.

“Kita juga mahu buktikan sukan boleh mewujudkan satu industri membangunkan negara dan negeri,” katanya pada Majlis Perasmian Bola Jaring Selangor PLUS peringkat DUN Batu Caves di Dataran Belia, dekat sini hari ini.

Kejohanan itu menyaksikan penglibatan sembilan kumpulan wanita dari kalangan amatur.

Amirudin berkata kumpulan beraksi cemerlang dalam kejohanan PLUS dibawa ke peringkat negeri pada Julai ini untuk memastikan bakat mereka terus digilap.

Katanya prestasi mereka dinilai persatuan sukan berkenaan dan mereka yang layak dipilih mewakili Selangor pada masa depan.

“Saya lihat ramai belia berminat dengan aktiviti sukan dan mereka mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh.

“Jika responnya sangat baik, maka kita anjurkan lagi pada tahun depan dengan format lebih bagus,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.