Categories
SELANGOR

Selebriti popular meriahkan Islamic Festival 2015

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 MEI: Selebriti popular seperti Diana Amir, Altimet, Sham Kamikaze, Ali XPDC dan Lah Ahmad bakal mewarnai Selangor Islamic Fest 2015, pada 30 dan 31 Mei ini.

Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, program dua hari itu turut menampilkan PU (Pencetus Ummah) Rahmat dan Ustaz Akhil Hayy melalui program bual bicara anak muda.

Bermula jam 10 pagi, hari pertama program dibuka dengan persembahan demo panahan adiwira, pameran dan pertandingan kucing, program bedah buku serta Cat Talk oleh Sham Kamikaze.

SIF-FeatureProgram diteruskan di sebelah petang dengan program bual bicara menampilkan Ustaz Akhil Hayy dan Ali XPDC.

Majlis perasmian oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan diadakan sebelah malam dan tirai festival itu akan ditutup dengan Malam Selangor Berselawat 2015.

Program bicara santai ‘Bercinta Selepas Nikah’ (PU Rahmat dan Diana Amir) dan Pelancongan Dalam Islam akan berlangusng pada hari kedua.

Kemuncak malam terakhir menampilkan Altimet dan Lah Ahmad melalui persembahan istimewa Malam Gema Selangor Islamic Fest 2015.

Program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Tourism Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) percuma untuk semua yang hadir.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.