Categories
SELANGOR

MB: Tiada perbincangan tambah kos ambil alih konsesi air

SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan Negeri tidak membuat sebarang perbincangan berhubung penambahan kos pengambilalihan syarikat konsesi air dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, pada 19 Mei lalu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kos yang dibangkitkan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) itu tidak termasuk dalam keputusan untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Katanya, ia berikutan Kerajaan Selangor dan Persekutuan terikat dengan Perjanjian Induk industri air selepas kedua-dua pihak bersetuju meneruskan pelaksanaannya.

azmin“Mesyuarat kelmarin sangat produktif, namun perkara yang dibangkitkan PNHB tidak dibincangkan dengan menteri, sebaliknya kita bincang langkah memuktamadkan perjanjian itu.

“Kita akan cuba lakukannya sebelum Ramadan nanti,” katanya yang dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, Tan Sri Rozali berkata, pihaknya akan mengemukakan pertambahan kos pengambilalihan syarikat itu kepada Kerajaan Negeri.

syabassKatanya, ia berikutan pelbagai kesan yang terpaksa ditanggung selepas berlaku kelewatan beberapa kali dalam proses memuktamadkan perjanjian itu.

Rozali berkata, penangguhan itu juga menyebabkan penambahbaikan operasi penghasilan air terawat dan pengagihan air tidak dapat dilaksanakan, bahkan pihaknya kehilangan banyak peluang pelaburan.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, urusan penstrukturan semula industri air Selangor akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari dengan menghidupkan kembali Perjanjian Induk atas persetujuan Kerajaan Negeri Persekutuan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.