Categories
NASIONAL

Solidariti 100 hari DSAI dipenjara malam ini

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Genap 100 hari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara hari ini dan himpunan solidariti akan berlangsung di luar penjara Sungai Buloh, malam ini.

Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas kes Fitnah II membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau mula menjalani hukuman penjara pada 10 Februari lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Rayuan itu.

PC Nuha Ibrahim March of Freedom (7)Anak perempuannya, Nurul Nuha menggesa penyokong untuk datang menunjukkan solidariti bersama Anwar.

Beliau juga adalah individu yang mengetuai kempen ‘March 2 Freedom’ untuk mendesak pembebasan ayahnya.

Program hari ini bukan yang pertama diadakan di lokasi sama bagi menunjukkan solidariti bersama Anwar yang dinamakan ‘Jalan Harapan’ di luar pintu penjara terbabit.

Beberapa malam selepas penghakiman terhadap Anwar diumumkan, ratusan penyokong berhimpun secara aman dengan membawa lilin dan kain rentang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.