Categories
SELANGOR

1K1P lahir bakat baharu sukan memanah

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 MEI: Kelab Memanah Alpha Brothers (Abac) akan menganjurkan program 1Keluarga 1Pemanah (1K1P) dalam usaha melahirkan bakat baharu yang mampu diketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Program yang mendapat kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Selangor (JBNS) serta Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) itu bakal berlangsung di padang memanah Abac, Kampung Johan Setia, Klang, pada 30 Mei ini.

memanah1Setiausaha Abac, Azman Mohamad berkata, penganjuran itu juga bagi menarik minat dalam kalangan belia dan remaja untuk menceburi sukan serta aktiviti memanah.

Katanya, Abac juga merangka promosi dan meningkatkan kualiti sukan memanah di Selangor serta menggalakkan orang ramai terbabit aktif.

“Ia usaha bagi membangunkan sukan ini selain meraih sokongan ibu bapa supaya anak mereka membabitkan diri. ProgramĀ iniĀ dijangka akan dirasmikan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie.

memanah“Selain memberi kesedaran dan pendedahan, 1K1P bertujuan melahirkan bakat baharu yang berpotensi untuk diangkat ke peringkat tinggi,” katanya.

Azman berkata, Abac juga menjalankan aktiviti yang bergabung dengan badan belia dan sukan di semua peringkat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ahmad Othman (013-7332280) atau Azman Mohamad (019-2766376).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.