Categories
NASIONAL

Tian Chua ditahan polis, dakwa dikasari

SHAH ALAM 3 MEI: Ahli Parlimen Batu Tian Chua ditahan di Permatang Pauh ketika sedang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada malam Sabtu.

Menurut ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Naib Presiden PKR itu ditahan di Jalan Tuna.

Tian Chua di Twitter berkata beliau dibawa oleh pihak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Perda, dan beliau percaya akan dibawa ke lokap di Kuala Lumpur.

twit tian“Polis bertindak ganas dan kasar apabila saya bertanya mengapa saya ditahan dan di mana mereka mahu membawa saya dan sementara kereta saya ditinggalkan di pertengahan jalan,” katanya.

Sekitar jam 1.02 minit tadi, Chua melalui akaun Twitter mengumumkan yang beliau kini dibawa polis ke IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Dalam kereta polis dan dibawa ke Dang Wangi.

“Menurut pegawai (polis), pegawai penyiasat akan terus merakam keterangan saya,” tulisnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.