Categories
NASIONAL

ABIM: Islam Xinjiang terus derita ditindas

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 19 JUN: Kerajaan China dilihat terus menindas Islam Xinjinag dan agama lain yang boleh dilihat melalui trek rekod buruk negara itu ekoran  kurang terbuka terhadap hak asasi manusia.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata masalah itu bukan sahaja berkisar isu agama, bahkan turut melibatkan aspek lain antaranya politik dan perbicaraan mahkamah.

“Masalahnya, China mengamalkan dasar tertutup. Jadi, mereka tidak ambil pusing apabila timbul komen negatif membabitkan kebebasan agama,” katanya kepada Selangor Kini.

raimi abimSementara itu, ketika mengulas berkenaan larangan berpuasa bagi Islam Xinjiang, Raimi berkata, ia perlu diberi perhatian serius negara Islam lain memandangkan isu sama masih berulang.

Katanya, campur tangan organisasi antarabangsa juga perlu dipertingkatkan kerana usaha yang dilaksanakan masih belum sampai ke tahap sewajarnya.

“Kita memang memandang serius tindakan menghalang umat Islam berpuasa di Xinjiang. Ia perlu diberi perhatian kerana China masih lagi tegar menghalang masyarakat di sana menunaikan ibadah.

China Protest“China perlu lebih peka terhadap tuntutan, desakan dan keprihatinan umat Islam di seluruh dunia terhadap tuntutan menunaikan puasa dengan mencontohi negara lain seperti Britain serta Amerika Syarikat ,” katanya.

Kerajaan China melarang penjawat awam, pelajar dan guru terutama di kawasan majoriti Islam Xinjiang daripada berpuasa serta mengarahkan restoran dibuka.

Kerajaan komunis itu sudah bertahun cuba mengetatkan undang-undang berkaitannya di Xinjiang yang banyak dihuni umat Islam Uighur.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.