Categories
SELANGOR

Sepuluh peniaga bazar Ramadan berpeluang menang RM3,000

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 19 JUN: Dalam usaha menjayakan Kempen Sayangi Bumi Kita, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan program Bawa Bekas ke Bazar Ramadan yang menawarkan wang tunai RM3,000 kepada 10 peniaga bertuah.

Program itu dilaksanakan bertujuan meningkatkan kualiti bazar dan mengurangkan penggunaan plastik serta polisterin dalam urusniaga.

hishamYang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, antara kriteria ditetapkan adalah penarafan gred, bebas tindakan penguatkuasaan, pelaksanaan inisiatif hijau membabitkan penggunaan beg kitar semula, plastik biodegradable dan bebas polistrin.

“Sepuluh peniaga bazar yang mengamalkan kempen ini akan menerima RM300 setiap seorang dan sijil penghargaan,” katanya pada  pelancaran program itu, di sini, semalam.

Pada masa sama, Nor Hisham berkata, MPSJ turut melaksanakan Program Kutipan Minyak Masak Terpakai dengan kerjasama Syarikat Fathopes Energy Sdn Bhd dengan menyediakan tong minyak masak di 18 lokasi terpilih untuk dikitar semula.

“Minyak masak yang terkumpul akan dihantar ke Pusat Biomas sebelum dijadikan biodiesel. MPSJ berharap peniaga memberi kerjasama, di samping dapat menjaga alam sekitar,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.