Categories
SELANGOR

Agro pertanian peluang generasi muda raih pulangan lumayan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 JUN: Kerajaan Negeri menggalakkan generasi muda di Selangor menceburi agro pertanian berikutan permintaan pasaran yang baik terhadap bidang berkenaan.

Exco Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, usaha yang serius akan dijalankan bagi menarik minat golongan anak muda menyertainya.

“Kerajaan Negeri sedaya mungkin akan membuka ruang dan membantu dari segi keperluan seperti kewangan serta teknologi supaya usahawan muda ini beroleh kejayaan.

YB Zaidy menyampaikan geran projek pertanian di Kuala Selangor (12)“Pada peringkat awal, kita mensasarkan sehingga 50 usahawan agro generasi muda akhir tahun depan yang boleh diistilahkan sebagai berjaya,” katanya selepas majlis perasmian Program Seminar Usahawan Agro Generasi Muda, di sini, hari ini.

Katanya, seminar itu membuka ruang kepada anak muda mencontohi golongan yang sudah berjaya dan mereka bersedia berkongsi idea serta pandangan berkenaan kejayaan diraih.

“Di Selangor, permintaan dari segi ‘Self Sufficient Level’ (SSF) masih mempunyai peluang yang banyak. Kerajaan Negeri akan membantu generasi muda bagi membina kerjaya dalam bidang ini dan menjadi usahawan berjaya dengan pulangan lumayan.

“Kita juga sudah membuat rangka kerja dengan mengenalpasti kawasan sesuai bagi tujuan berkenaan. Perancangan itu akan kita padankan dengan pelan pembangunan pertanian yang sedang diusahakan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.