Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Dua LRA dijangka siap mengikut jadual

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 MAC: Kerja pembinaan dua Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang masih berjalan mengikut jadual serta dijangka siap mengikut tempoh ditetapkan.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, setakat 25 Mac lalu kerja di LRA Semenyih 2 sudah mencapai 24.14 peratus berbanding jadual 55.5 peratus sejak dimulakan, pada 20 Mei 2016.

Bagi LRA Labohan Dagang, masih terdapat beberapa kerja dalam perbincangan dan status kerja dipantau dari semasa ke semasa.

zaidy-dun“Pemantauan tapak yang dibuat Unit Perancang Ekonomi Negeri secara berkala dan mesyuarat jawatankuasa diadakan setiap bulan bagi membincangkan jadual projek dan mencari penyelesaian masalah yang timbul supaya tidak menjejaskan jadual projek,” katanya ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim.

Zaidy berkata, masalah utama yang dihadapi dalam melaksanakan projek itu adalah pengambilan tanah, namun semuanya sudah berjaya diselesaikan.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah meneliti unjuran permintaan dan pembekalan air sehingga 2027 serta berusaha mencapai sasaran meningkankan rizab simpanan air mencapai 15 peratus sebagai satu inisaitif Pelan Permintaan Air jangka panjang.

“Setakat ini, kadar simpanan air tipis yang dianggarkan sekadar 3.4 peratus dan rizab air mentah semakin terhad dengan permintaan penggunaan disasarkan pada kadar 3.5 peratus, setiap tahun.

“Keadaan ini akan mengehadkan Kerajaan Negeri memberikan bantuan jika berlaku kejadian luar jangka seperti musim kering berpanjangan atau kerosakan peralatan di loji bekalan air,” katanya.

LRA Semenyih 2 dijangka siap Disember ini sementara LRA Labohan Dagang pula dijangka siap pada Disember 2018 dengan jumlah keupayaan penghasilan 300 juta liter air sehari yang mampu membekalkan air khusus kepada penduduk Klang dan Kuala Langat.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Projek Pembinaan Jambatan Ketiga Klang siap 88%

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 NOV: Kemajuan kerja bagi Projek Pembinaan Jambatan Ketiga Klang Fasa 1 adalah 88 peratus berbanding 95.29 peratus yang dijadualkan.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, projek itu mengalami kelewatan 51 hari bersamaan 7.29 peratus.

“Kelewatan projek ini disebabkan masalah pengambilan tanah dan pengalihan tokong yang menyebabkan kerja pengalihan utiliti terjejas.

zaidy-dun“Kemajuan kerja terkini meliputi pembinaan struktur jambatan 80 peratus, pembinaan jalan raya 75 peratus serta kerja elektrikal dan utiliti 80 peratus,” katanya ketika menjawab pertanyaan ADN Bukit Melawati, Jakiran Jacomah berkenaan isu status terkini pembinaan jambatan itu.

Zaidy berkata, projek yang bermula 2014 itu memakan kos semasa lebih RM210.8 juta yang diperuntukkan Kerajaan Negeri dan dijangka siap Mei 2017.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga membuat penambahan kerja pembinaan klinik kesihatan yang diperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi menggantikan yang sedia ada, bermula pada Oktober lalu.

Difahamkan, Kerajaan Persekutuan mengumumkan pembinaan jambatan ketiga Klang, pada 4 Mac 2008 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12.

Projek tersebut melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 0.5 kilmeter (km) dan menaik taraf jalan sepanjang 3.8km.

Namun , sehingga awal 2013, pembinaan jambatan tersebut masih gagal dilaksanakan dan Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk meneruskan projek pembinaanitu selepas mengambil kira keperluan untuk memastikan kelancaran trafik di bandar Klang.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

JPS sasar pembangunan 85 projek pembangunan negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) mensasarkan 85 projek pembangunan baru untuk tempoh 2017 menerusi peruntukan RM135 juta.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri, Zaidy Abdul Talib berkata, jumlah tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan naik taraf kemudahan termasuklah pengaliran sistem saliran negeri.

“Peruntukan RM135 juta yang diterima JPS pada tahun 2017 merupakan peruntukan pembangunan.

ybzaidy-2“Peruntukan ini tentunya akan digunakan bagi kerjapembangunan dan menaik taraf yang melibatkan 85 projek keseluruhan dalam Rancangan Malaysia ke 11,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas inisiatif yang bakal dibangunkan JPS menerusi peruntukan Belanjawan Negeri yang diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, beliau berkata, kerja penyelenggaraan sungai pula akan menggunakan sejumlah peruntukan tahunan sebagai inisiatif memastikan pembaikan kawasan persisiran pantai negeri terkawal.

Sebelum ini, JPS Selangor memainkan peranan cukup efektif menyediakan pelbagai program dan pelan jangka panjang untuk pembaikan pembangunan dan penyelenggaraan kawasan persisiran pantai negeri.

Ia termasuk tindakan proaktif yang digerakkan agensi tersebut untuk bersiap sedia ekoran fenomen air pasang besar yang melanda perairan negeri, pada Oktober lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pembinaan jambatan ketiga Klang ikut jadual

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 APR: Kerja pembinaan jambatan ketiga Klang masih diteruskan mengikut jadual ditetapkan dan dijangka siap April 2018.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, setakat ini pembinaan jambatan itu masih diperingkat fasa satu yang dijangka siap penghujung tahun ini.

zaidy“Pembinaan masih diteruskan dan berjalan mengikut jadual. Kini, ia dalam fasa satu membabitkan pembinaan jambatan melintasi Sungai Klang,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, jambatan itu akan disiapkan mengikut dua fasa dengan kos kerja bagi fasa satu dianggarkan hampir RM199 juta.

Sementara itu, fasa kedua dianggarkan menelan belanja RM320 juta yang masih dalam proses reka bentuk dengan pembinaan dijangka bermula bulan ini.

Jambatan ketiga Klang dengan reka bentuk bercirikan kapal layar dan keris sepanjang 2.5 kilometer akan bermula selepas persimpangan Sungai Udang/Teluk Pulai serta berakhir di persimpangan Jalan Goh Hock Huat.

Pembinaan jambatan itu dijangka akan mengurang kesesakan trafik di dua jambatan utama Klang iaitu Jambatan Kota sebanyak 20 peratus dan Tengku Kelana (40%).

-NFN-

Pasar Agro Smart Selangor sasar ‘satu pasar, satu daerah’

Pasar Agro #SmartSelangor platform terbaik memacu pertumbuhan ekonomi peniaga setempat dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

Categories
SELANGOR

Projek mitigasi atasi banjir kilat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Negeri sedang meneliti langkah dan pelaksanaan projek mitigasi mengatasi banjir kilat di sekitar Selangor.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata ia berdasarkan hasil laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

“Pada 17 November lalu, satu perbincangan dan ‘brain storming’ bagi mengenal pasti punca banjir diadakan dan hasilnya kita dapat kenal pasti langkah penyelesaian.

ZAIDY“Kita di peringkat penelitian untuk melihat keutamaan kawasan dan implikasi kewangan, In Shaa Allah kita akan atasi masalah banjir kilat ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Zaidy mengumumkan 33 projek tebatan banjir akan dibina bagi mengatasi masalah banjir di beberapa daerah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat bekerjasama mengatasi banjir kilat dengan menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata.

“Kebanyakan banjir kilat berpunca daripada saluran parit tersumbat, maka kesedaran sivik penting supaya kita membendung masalah ini bersama,” katanya.

Selangor dijangka menerima taburan hujan luar biasa antara 500 hingga 800 milimeter sehingga hujung tahun ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

RM1.69 bilion disalur ke Air Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 JUL: Sejumlah RM 1.69 billion nilai pajakan dari Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dijangka akan disalurkan ke Air Selangor.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata perbincangan juga akan dimulakan minggu ini atau minggu hadapan.

Katanya, nilai aset keseluruhan juga dijangka tidak berubah iaitu RM9.65 billion.

Zaidy“Apa yang penting ialah wang pajakan dari PAAB dapat digunakan untuk industri air Selangor apabila perbincangan selesai.

“Dengan wang itu, kita akan gunakan bagi membeli ekuiti ketiga-tiga syarikat konsesi iaitu Syarikah Bekalan Air Selangor (SYABAS), Konsortium Abbas Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pertemuan dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) bagi menentukan jumlah aset yang dipajakkan kepada negeri itu.

Katanya, ia perlu diselesaikan dalam tempoh 60 hari selepas perjanjian penstrukturan semua industri air negeri itu dimuktamadkan, pada 10 Julai lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Agro pertanian peluang generasi muda raih pulangan lumayan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 JUN: Kerajaan Negeri menggalakkan generasi muda di Selangor menceburi agro pertanian berikutan permintaan pasaran yang baik terhadap bidang berkenaan.

Exco Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, usaha yang serius akan dijalankan bagi menarik minat golongan anak muda menyertainya.

“Kerajaan Negeri sedaya mungkin akan membuka ruang dan membantu dari segi keperluan seperti kewangan serta teknologi supaya usahawan muda ini beroleh kejayaan.

YB Zaidy menyampaikan geran projek pertanian di Kuala Selangor (12)“Pada peringkat awal, kita mensasarkan sehingga 50 usahawan agro generasi muda akhir tahun depan yang boleh diistilahkan sebagai berjaya,” katanya selepas majlis perasmian Program Seminar Usahawan Agro Generasi Muda, di sini, hari ini.

Katanya, seminar itu membuka ruang kepada anak muda mencontohi golongan yang sudah berjaya dan mereka bersedia berkongsi idea serta pandangan berkenaan kejayaan diraih.

“Di Selangor, permintaan dari segi ‘Self Sufficient Level’ (SSF) masih mempunyai peluang yang banyak. Kerajaan Negeri akan membantu generasi muda bagi membina kerjaya dalam bidang ini dan menjadi usahawan berjaya dengan pulangan lumayan.

“Kita juga sudah membuat rangka kerja dengan mengenalpasti kawasan sesuai bagi tujuan berkenaan. Perancangan itu akan kita padankan dengan pelan pembangunan pertanian yang sedang diusahakan,” katanya.

-NFN-