Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Pondok berbumbung permudah masyarakat ziarah tanah perkuburan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 29 JUN: Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi menyumbangkan pondok berbumbung bergerak di setiap tanah perkuburan di DUN itu ekoran cuaca panas terik selain memudahkan masyarakat membaca tahlil dan membersihkan pusara.

“Ramadan tiba, tanah perkuburan mula menerima tetamu yang datang untuk bertahlil, membersihkan pusara dan membaca al-Quran.

“Panas terik menghalang mereka untuk berbuat demikian, jadi kita serahkan wakaf kubur membabitkan pondok berbumbung bergerak di setiap lapan tanah perkuburan di DUN ini,” katanya kepada Selangor Kini.

WAKAF KUBURBudiman berkata, pihaknya turut melaksanakan agihan sumbangan raya kepada 1,500 fakir dan miskin, ibu tunggal dan warga emas.

Selain itu, kira-kira 10,000 bungkus bubur lambuk disediakan untuk disumbang kepada masyarakat sepanjang Ramadan di sembilan bazar di DUn Sungai Panjang.

Sementara di DUN Semenyih, program sama turut dianjurkan membabitkan hampir 12,000 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan secara berperingkat di beberapa lokasi tumpuan ramai.

johan buburAdunnya, Datuk Johan Abdul Aziz, berkata pihaknya memfokuskan program mengimarah masjid dan surau bagi menghidupkan madrasah Ramadan.

“Kita sudah selesai program khatam al-Quran yang membabitkan 60 penyertaan. Kita juga menganjurkan majlis berbuka puasa di 30 surau DUN ini,” katanya.

Johan juga mengerakkan program Singgah Sahur dengan menjejaki polis, bomba dan peronda lebuh raya bagi menyampaikan pek makanan sahur.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.