Categories
NASIONAL

Amanah Raya mangsa terbaru 1MDB

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Kontroversi 1MDB semakin panas apabila syarikat pelaburan itu didapati bukan sahaja gagal membayar wang Lembaga Tabung Haji tetapi turut membuat tindakan sama ke atas RM2 bilion milik Amanah Raya Berhad (ARB).

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), berkata sebelum itu bekas Pengerusi Amanah Raya, Datuk Dusuki Ahmad dikatakan dipaksa bersara pada 29 Disember 2014 atas sebab berkaitan 1MDB.

“Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik menjadi Pengerusi Amanah Raya bagi menggantikan Datuk Dusuki Ahmad.

Ng-Wei-Aik“Mengikut sumber yang saya perolehi, Datuk Dusuki Ahmad dipaksa bersara atas sebab berkaitan 1MDB.

“Sebelum ini Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh yang menyandang jawatan itu selama lapan tahun meletak jawatan pada 14 Mac 2012,” kata Wei Aik dalam sidang medianya di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perletakan jawatan Dusuki dan Ahmad Rodzi disebabkan keengganan mereka memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB.

“Wang itu difahamkan hanya dilepaskan kepada 1MDB selepas ARB diterajui Datuk Seri Reezal,” katanya.

Selain itu, 1MDB juga menjanjikan faedah empat peratus setahun melalui ‘IOU bill’ yang dikeluarkan kepada ARB.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.