Categories
NASIONAL

1MDB: Amanah Raya terpaksa hadapi masalah aliran tunai

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Amanah Raya Berhad (ARB) menghadapi masalah aliran tunai selepas syarikat terbabit terpaksa memberi pinjaman tunai RM2 bilion kepada 1MDB.

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), berkata ARB memiliki rizab wang tunai kira-kira RM2.6 bilion atau 35 peratus daripada keseluruhan aset yang dimiliki sebelum memberi pinjaman kepada 1MDB.

Ng-Wei-Aik“Aset bersih yang dimiliki ARB sebelum pinjaman dilepaskan kepada 1MDB adalah RM7.5 bilion iaitu rizab wang tunai sebanyak 35 peratus iaitu lebih kurang RM2.6 billion

“Sementara itu, hartanah 20 peratus, bon dan pulangan pendapatan tetap (30%), saham (10%) dan aset lain (5%).

“RM2 bilion yang dipinjam kepada 1MDB adalah rizab wang tunai RM2.6 bilion yang dimiliki ARB. Pinjaman itu menyebabkan aliran wang tunai ARB mengalami masalah.

“Keadaan ini menyebabkan ARB terpaksa menjual banyak bon dan hartanah Real Estate Investment Trust (REIT) supaya rizab wang tunainya dapat dikekalkan.

“Nilai bon yang dimiliki ARB hanya lima peratus daripada jumlah aset syarikat itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Wei Aik turut menuntut penjelasan menteri terbabit kerana menurut tindakan itu menjejaskan reputasi ARB sebagai syarikat peramanahan dan perwarisan utama yang dimiliki Kerajaan Persekutuan di bawah Menteri Kewangan (diperbadankan).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.