Categories
NASIONAL

Audit segera penyata kewangan 1MDB

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berharap Kementerian Kewangan mengarahkan syarikat firma pengauditan Deloitte & Co menjalankan audit segera terhadap penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berakhir 31 Mac lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kekurangan penyata kewangan terbaru 1MDB itu akan memberi kekangan kepada siasatan jawatankuasa berkenaan.

“Berdasarkan apa yang Deloitte beritahu semalam, pihaknya masih tidak menerima arahan untuk memulakan pengauditan itu daripada Kementerian Kewangan.

1mdb“Saya anggap ia tidak dijalankan lagi. Sebagai sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, penyata kewangan itu perlu siap dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh berkenaan dan sudah sedia, pada 31 Jun ini,” katanya.

Katanya, sehingga kini masih belum ada sebarang penyata kewangan baru seperti yang dikehendaki PAC.

Beliau berkata, siasatan PAC boleh diselesaikan tanpa laporan itu tetapi pihaknya masih memerlukannya dengan lengkap dan dinilai firma profesional bagi menjawab segala persoalan serta keperluan siasatan.

1MDB“Saya tidak boleh cakap puas hati dengan jawapan yang diberikan Deloitte sebab tidak mempunyai pendapat yang sama berkenaan akuan itu.

“Apa sahaja penyata berakhir 31 Mac lalu, Deloitte tidak boleh komen kerana masih tidak di audit,” katanya.

Nur Jazlan berkata, PAC sudah memanggil Deloitte & Co untuk prosiding penjelasan terhadap penyata akaun berakhir 31 Mac 2014 sama ada benar atau tidak.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.