Categories
NASIONAL

1MDB: PAC tiada bantahan siaran langsung

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) untuk mengadakan siaran langsung ke atas prosiding 1MDB.

Katanya, namun kabinet terkini pasti tidak akan membenarkan permintaan itu berlaku.

1mdb“Ya, saya tidak ada sebarang bantahan untuk membuatnya secara langsung. Kalau tanya ahli PAC lain juga mempunyai pendapat sama.

“Namun, peraturan Parlimen terkini tidak akan benarkan. Saya tidak ada masalah,” katanya kepada media di Parlimen.

Katanya, persoalan kini timbul siapakah yang layak untuk memberikan jawapan sama ada Speaker Dewan Rakyat atau Kabinet.

“Sebab Parlimen masih di bawah kabinet. Apa yang kami mahu buat masih memerlukan kelulusan daripada kabinet,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Audit segera penyata kewangan 1MDB

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berharap Kementerian Kewangan mengarahkan syarikat firma pengauditan Deloitte & Co menjalankan audit segera terhadap penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berakhir 31 Mac lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kekurangan penyata kewangan terbaru 1MDB itu akan memberi kekangan kepada siasatan jawatankuasa berkenaan.

“Berdasarkan apa yang Deloitte beritahu semalam, pihaknya masih tidak menerima arahan untuk memulakan pengauditan itu daripada Kementerian Kewangan.

1mdb“Saya anggap ia tidak dijalankan lagi. Sebagai sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, penyata kewangan itu perlu siap dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh berkenaan dan sudah sedia, pada 31 Jun ini,” katanya.

Katanya, sehingga kini masih belum ada sebarang penyata kewangan baru seperti yang dikehendaki PAC.

Beliau berkata, siasatan PAC boleh diselesaikan tanpa laporan itu tetapi pihaknya masih memerlukannya dengan lengkap dan dinilai firma profesional bagi menjawab segala persoalan serta keperluan siasatan.

1MDB“Saya tidak boleh cakap puas hati dengan jawapan yang diberikan Deloitte sebab tidak mempunyai pendapat yang sama berkenaan akuan itu.

“Apa sahaja penyata berakhir 31 Mac lalu, Deloitte tidak boleh komen kerana masih tidak di audit,” katanya.

Nur Jazlan berkata, PAC sudah memanggil Deloitte & Co untuk prosiding penjelasan terhadap penyata akaun berakhir 31 Mac 2014 sama ada benar atau tidak.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kementerian Kewangan gagal serah laporan maklum balas syor PAC

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 APR: Kementerian Kewangan gagal menyerahkan laporan rasmi berhubung maklum balas kepada semua syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Tindakan itu dipersoalkan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima terhadap syor PAC daripada Perbendaharaan seperti yang diperuntukkan dalam perkara 304 (b) Mesyuarat Dewan Rakyat.

jazlan“Perbendaharaan dikehendaki memaklumkan kepada pegawainya berkenaan perenggan-perenggan di dalam laporan mesyuarat jawatankuasa yang melibatkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan masing-masing. Pegawai berkenaan perlu mengambil tindakan atas perkara yang dibangkitkan PAC.

“Kemudian, Perbendaharaan perlu menyediakan satu memorandum muktamad dengan kadar segera untuk dibentangkan di mesyuarat PAC seterusnya. Bagaimanapun, sehingga kini Perbendaharaan gagal mengemukakan sebarang maklum balas kepada PAC,” katanya dalam sidang media, di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kegagalan Perbendaharaan mematuhi arahan itu menyebabkan PAC tidak mengetahui sama ada tindakan sudh diambil atau tidak.

KLIA 2 grafikSebagai contoh, katanya, isu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang sehingga kini tiada tindakan daripada syor penambahbaikan dicadangkan PAC.

“Kita dah bentang semua syor di Parlimen dan menunggu maklum balas daripada kerajaan. Misalnya, syor berkenaan KLIA2 kita dah bentang November 2014.

“Kini, sudah masuk enam bulan tetapi tiada tindakan dan ini bukan kadar segera. Sudah tentu kita mahu tahu apa tindakannya supaya boleh dlilaporkan kepada rakyat dan tunjukkan PAC bukannya tiada taring,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tol : Nur Jazlan ‘buktikan’ BN beri alasan palsu

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 11 JAN: Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa keputusan kerajaan menaikan kadar tol bakal menguntungkan rakyat kerana pemegang saham syarikat konsesi lebuh raya terdiri daripada syarikat milik kerajaan membuktikan alasan diberikan sebelum ini tidak benar.

“Syarikat yang memegang saham ini juga terdiri daripada syarikat milik kerajaan, bermakna hasil kutipan tol akan dikembalikan kepada rakyat akhirnya,” katanya.

jazlanNur Jazlan berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian siri ke-25 yang membincangkan tajuk Kejutan Ekonomi Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, baru-baru ini.

Kenyataan beliau bertentangan dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebelum ini yang mendakwa kenaikan tol tidak dapat dielakkan berikutan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terbabit.

Fadillah berkata, mengikut perjanjian, kerajaan terpaksa membenarkan pihak konsesi menaikan harga tol tahun ini seperti dalam perjanjian dan pelanggaran itu boleh menyebabkan kerajaan diheret ke mahkamah.

Sebelum ini, kerajaan memberikan alasan terbabit ketika mengumumkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya bermula, pada 1 Januari lalu.

rafizi pic 1Bagaimanapun, salah seorang panelis forum berkenaan yang juga Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menganggap alasan itu tidak boleh diterima kerana syarikat milik kerajaan pusat adalah pemegang saham syarikat pemegang konsesi terbabit.

Ketika menyentuh beberapa isu berhubung peningkatan kos sara hidup, Nur Jazlan turut disorak orang ramai yang tidak gembira dengan kenyataan beliau menyamakan tindakan menyalahkan kerajaan sama seperti anak menyalahkan ibu bapa yang melahir dan membesarkan mereka.

Wacana Rafizi tempelak Nur Jazlan

Layari http://www.tv.selangorku.com

Monopoli punca harga barang naik

layari http://www.tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – Umno-BN perlu henti mangsakan rakyat untuk kurang hutang negara.

1- Umno-BN perlu henti mangsakan rakyat untuk kurang hutang negara

2- Prof Dr Amir: Jangan salah subsidi sebab hutang negara tinggi, Jerman juga ada subsidi

3- EKSKLUSIF: Kadar kenaikan gaji 5 tahun Indonesia 10%, Malaysia 2%

4- Harga barang : Rafizi tempelak kenyataan Nur Jazlan

5- AMK lancar Aduan Rakyat, serah memorandum kepada KPDNKK

6- Harga makanan kantin sekolah naik, Kerajaan Pusat patut turun padang

7- Berita fitnah, Tony Pua saman Zahid Hamidi dan Utusan
.
8- SPRM siasat pegawai khas menteri

9- Aktiviti YB : Ziarah mahabbah, MES rancak di DUN Gombak Setia

Categories
NASIONAL

Harga barang : Rafizi tempelak kenyataan Nur Jazlan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 10 JAN: Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa kerajaan harus mengeluarkan jadual kenaikan harga senarai barangan kawalan supaya tidak ada unsur kejutan, sekali gus memberi peluang rakyat bersedia menghadapi situasi itu ditempelak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Rafizi yang juga Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat berkata, Nur Jazlan bukan sahaja harus mempertikaikan tindakan tidak mengeluarkan jadual kenaikan harga barangan itu, bahkan senarai berkenaan yang perlu dikeluarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Rafizi1-179x300“Datuk Jazlan kata lebih baik untuk rakyat jika kerajaan umum barang yang akan naik atau tidak. Saya setuju dengan kenyataan itu tetapi jika kerajaan Barisan Nasional (BN) telus seperti itu sebelum PRU-13 lalu, maka tidak ada Datuk Jazlan di sini” katanya.

Rafizi berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Harian siri ke-25 yang membincangkan tajuk Kejutan Ekonomi Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Rafizi berkata, perkara yang dicadangkan Nur Jazlan itu sukar untuk dilaksanakan BN kerana sudah menjadi amalan parti itu yang tidak telus kepada rakyat, selain sentiasa cuba merahsiakan keputusan membebankan rakyat hingga saat akhir demi melindungi kepentingan politik mereka.

Nur Jazlan turut menerima sorakan kira-kira 200 penonton yang hadir ekoran kegagalan beliau menjawab soalan berhubung jumlah terkini hutang negara apabila ditanya salah seorang penonton ketika soalan dibuka kepada mereka.

jazlanRafizi sekali lagi menyanggah dakwaan Nur Jazlan kononnya kenaikan harga barang di negara ini disebabkan kebergantungan pengguna terhadap barangan import seperti kenderaan.

Sebaliknya, Rafizi berkata, harga barang di Malaysia meningkat tinggi termasuk kereta import disebabkan dasar cukai yang dijalankan kerajaan.

“Jumlah kereta import di negara ini tidak banyak kerana 80 peratus dipasang di Malaysia seperti Honda dan Mercedes tetapi dikenakan cukai eksais serta cukai jualan yang tinggi,” katanya.

-NFN-