Categories
NASIONAL

Azmin: Kita terima parti seiring kerja & dasar Pakatan

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 JUN: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini mengalu-alukan cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) membentuk parti politik baru pro Pakatan Rakyat (Pakatan).

Katanya, cadangan PASMA itu selari dengan sistem demokrasi yang diamalkan negara ini.

“Itu keputusan PASMA. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, perkara itu membenarkan mereka membentuk parti baru.

MB Azmin“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk membentuk parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Semarak Ramadan Negeri Selangor 2015, di Dataran Kemerdekaan di sini, malam ini.

Katanya, Pakatan akan menerima sesiapa sahaja (parti baru) yang berpegang kepada kerangka kerja dan dasar bersama Pakatan.

“Sudah tentu keputusan untuk berbuat demikian bukannya datang daripada saya, sebaliknya keputusan bersama dalam kalangan semua pimpinan Pakatan.

PAKATAN RAKYAT“Jika polisi dan idealisme politik PASMA itu sehaluan dengan Pakatan, kehadiran mereka dialu-alukan,” kata Dato’ Menteri Besar Selangor itu.

PASMA hari ini mengumumkan akan membentuk parti baru melalui sebuah jawatankuasa penaja yang dianggotai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) pro Pakatan. selepas Aidilfitri.

Presiden PASMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi, berkata parti itu bukan peralihan dari pertubuhan berkenaan sebaliknya sebuah entiti lain.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.