Categories
NASIONAL

Azmin: “Pak Samad boleh sertai sebarang parti, jangan masuk Umno-BN sahaja”

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 JUN: Penyertaan rasmi Sasterawan Negara Datuk A Samad Said sebagai ahli DAP akan memperkukuhkan komponen Pakatan Rakyat (Pakatan), kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, berita baik itu perlu dinilai dan dilihat dari sudut positif berikutan sumbangan serta pandangan tokoh yang lebih mesra disapa Pak Samad itu kerana beliau sebelum ini banyak membantu Pakatan.

MB Azmin“Itu hak individu, sebarang parti beliau boleh sertai. Jangan masuk Umno-BN sahaja, yang lain ok.

“Sudah tentu, kehadiran beliau dengan sumbangannya nanti akan memperkuat Pakatan dan kita hargai. Sebelum ini, beliau juga banyak memberi sumbangan dan pandangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak Ramadan Negeri Selangor 2015, di Dataran Kemerdekaan, di sini, hari ini.

samadPenulis sajak ‘Tetamu Senja’ itu sah menjadi ahli DAP selepas kemasukannya diumum Penasihat parti itu, Lim Kit Siang, hari ini.

Sementara itu, Pak Samad dalam reaksinya berkata, beliau sudah lama menyimpan hasrat menyertai DAP tetapi tidak pernah dizahirkan.

Katanya, sebagai penulis yang sudah lama berkecimpung dalam bidang kesusasteraan, tidak ada makna jika karyanya langsung tidak mendekati rakyat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.