Categories
NASIONAL

Azmin: Muhasabah, tolak ego & hal peribadi

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 9 JUN: Kemelut yang melanda PAS dan DAP mampu diselesaikan menerusi meja rundingan yang akan dibawa dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali

Mohamed Azmin berkata, perbezaan pandangan antara dua parti itu disifatkan peluang terbaik semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bermuhasabah dalam meneruskan agenda rakyat.

“Krisis ini jangan dilihat sebagai kelemahan dan masalah sebaliknya peluang untuk semua pimpinan ketepikan ego masing-masing dengan keutamaan diberi demi kepentingan rakyat.

markshort mb4“Sebelum ini, kita sudah lalui banyak ujian tetapi mampu selesaikan dengan berkesan.

“Teruskan perbincangan, jangan tutup meja perundingan. Saya optimis jika semua pimpinan duduk berbincang, banyak masalah boleh dirungkai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor juga mengingatkan pemimpin tidak mementingkan diri hingga merosakkan gagasan PR.

“Kita harus ketepikan semua masalah peribadi dan ego dengan meletakkan gagasan besar perjuangan bagi kepentingan negara juga rakyat keseluruhannya.

pakatan“Jangan menghancurkan amanah rakyat disebabkan kepentingan parti. Saya kira itu satu pengkhianatan.

“Saya sendiri di peringkat negeri ingin melihat PR terus kukuh. Memang ada pandangan berbeza tetapi selaku wakil rakyat kita punya tanggungjawab besar memenuhi aspirasi rakyat yang memilih PR dalam pilihan raya.

“PKR punya tanggungjawab besar pastikan PR terus kuat. Ini peranan yang dimainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dan akan diteruskan untuk kepentingan negara dan rakyat,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.