Categories
SELANGOR

Kenderaan pengguna komuter Batu Tiga disita esok

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal menunda kenderaan pengguna komuter yang diletakkan di atas tapak pasar malam Batu Tiga berdekatan Jalan Mutiara Subang 1, di sini, esok.

Pegawai Komunikasi Korporat, Muhammad Azli Miswan berkata, operasi menunda kenderaan itu akan dilaksanakan terhadap pengguna yang tidak mendengar arahan.

pasar malam1“Kami akan mengalih kenderaan di laluan keluar tapak pasar malam bagi memudahkan peniaga kerana mereka bakal berpindah dari lokasi lama.

“Diharap, pemindahan itu memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan mendapat kerjasama semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasar malam Batu Tiga di Lorong Berlian 1, Taman Batu Tiga, di sini, bakal berpindah ke Jalan Mutiara Subang 1 selepas mendapat persetujuan semua pihak.

Tapak sebelum ini terletak di atas jalan utama dan laluan masuk ke kawasan perumahan yang menyebabkan pengunjung meletakkan kenderaan di Taman Batu Tiga.

Pasar malam berkenaan beroperasi dua kali seminggu iaitu pada Ahad membabitkan 38 penjaja dan Rabu (41 penjaja) dengan penggunaan 71 petak ruang perniagaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.