Categories
SELANGOR

Bantuan Ramadan YKT ringan beban pelajar

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 23 JUN: Program Sentuhan Kasih anjuran Yayasan Kasih Tauhid (YTK) memberi khabar gembira buat pelajar asnaf Universiti Selangor (UNISEL) apabila mereka menerima pek berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Pelajar semester tiga Pentadbiran Pengurusan, Husniza Husna Huhssin, 19, berkata bantuan berkenaan meringankan beban perbelanjaannya yang semakin menekan.

“Ini tahun kedua saya menerima pek berbuka puasa daripada YTK. Terharu dan sangat berterima kasih di atas keprihatinan mereka membantu kami.

DSC_0038“Makanan yang diberi enak dengan menu berbeza setiap hari dan memberi peluang kepada saya untuk berjimat kerana tidak perlu berbelanja membeli juadah di bazar,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Pelajar kelahiran Tanjung karang itu adalah salah seorang daripada 120 pelajar UNISEL yang menerima pek berbuka puasa dalam siri kedua program itu sempena ramadan 2015.

Bagi, pelajar semester enam Teknologi Fotografi, Muhammad Zaen Asyraf, ternyata gembira apabila terpilih menerima bantuan berkenaan untuk kali kedua.

Unisel Grafik“Ekonomi hari ini semakin getir dan secara tidak langsung memberi kesan kepada harga juadah berbuka puasa. Sebagai pelajar, sudah tentu perkembangan ini merisaukan kami.

“Dengan bantuan YTK, sedikit sebanyak membantu kami merancang perbelanjaan, bahkan penjimatan kos itu dapat kami alihkan untuk keperluan pengajian yang lain,” katanya.

Semua 120 pelajar terlibat dari kalangan keluarga asnaf yang menerima tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi melanjutkan pengajian di UNISEL.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.