Categories
SELANGOR

Bukan Islam meriahkan buka puasa di Subang Jaya

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 23 JUN: Masjid dan surau di Subang Jaya terus disemarakkan dalam sambutan Ramadan dengan pembabitan pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, turut tidak terkecuali dan sering menghadirkan diri bersama masyarakat setempat terutama ketika majlis berbuka puasa.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, kali ini beliau menghulurkan sumbangan RM30,000 di Masjid Al-Falah, di sini, yang turut diagihkan secara serentak kepada masjid dan surau lain di DUN berkenaan.

Hannah Yeoh sampaikan sumbangan kepada surau dan masjid di USJ 9 (7)“Tahun ini berbeza, kita beri sumbangan kepada enam masjid dan 18 surau, di sini.

“Selalunya, kita lawat masjid dan surau tetapi kali ini kita gabungkan semua dalam satu majlis,” katanya pada program itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.kepada Selangor Kini.

Katanya, setiap masjid akan menerima RM2,000 manakala surau RM1,000.

Dengan cara itu, beliau yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) yakin penyatuan masyarakat setempat akan lebih erat.

Hannah Yeoh sampaikan sumbangan kepada surau dan masjid di USJ 9 (1)Beliau berkata, berlainan agama juga bukan masalah bagi dirinya yang sentiasa mengambil berat keperluan semua pihak di DUN berkenaan.

“Walaupun saya Kristian, tetapi akan terus menjaga kebajikan orang Islam,” katanya yang turut menyalurkan sumbangan wakaf RM10,000 kepada Masjid Al-Falah.

Nazir Masjid Al-Falah, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pengurusan masjid sentiasa terbuka dalam perkara itu dan saban tahun bekerjasama dengan Hannah.

“Majlis ini memberi peluang kita mengeratkan silaturrahim dan masjid menjadi pusat komuniti yang baik. Kita memang mengalu-alukan kehadiran dan sokongan pelbagai pihak berkaitan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.