Categories
SELANGOR

Bazar Asnaf: Peluang keemasan tambah pendapatan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JUN: Peniaga Bazar Asnaf teruja dan menghargai peluang perniagaan sepanjang Ramadan yang ditawarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Peniaga Nasi Ambeng dari Sijangkang, Norhayati Mohamad, 42, gembira kerana diberi peluang berniaga sepanjang Ramadan, sekali gus menambah pendapatannya dan keluarga.

markshort asnaf a“Sebelum ini, saya hanya berniaga mengikut tempahan sahaja. Pendapatan kurang kerana suami hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Jadi, peluang diberikan LZS dapat menampung perbelanjaan raya nanti,” katanya.

Ibu kepada lapan anak yang berniaga kuih-muih itu memberitahu, dia mendapat pulangan antara RM200 hingga RM300 sehari.

“Saya sudah berniaga di sini sejak enam tahun lalu dan LZS memberi peluang menambah pendapatan. Ketika mula-mula berniaga, LZS memberi modal RM1,500 setahun tetapi tahun ini saya tidak ambil modal itu untuk bagi peluang pada orang lain.

“Inisiatif ini sangat diperlukan dan dihargai. Peluang keemasan seperti ini memang tidak akan dilepaskan,” katanya.

Imam Surau Haji Hassan Batu Lapan Sijangkang, Jailani Ahmad, berkata penganjuran bazar kerjasama LZS itu dapat menjadikan asnaf berdikari dan membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

asnaf a1“Mungkin salah satu faktor adalah lokasi yang strategik menyebabkan bazar ini diserbu orang ramai. “Di Sijangkang, 20 gerai disediakan dan majoriti golongan itu terdiri daripada ibu tunggal.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim memaklumkan Bazar Asnaf mula diwujudkan sejak enam tahun lalu.

Katanya, ia galakan kepada asnaf yang produktif dan sejajar dengan sasaran LZS untuk melahirkan ramai usahawan daripada golongan terbabit bagi meningkatkan kehidupan dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Bantuan yang disediakan setiap tahun menjelang Ramadan itu mendapat kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyediakan tapak untuk asnaf,” katanya.

Sejak penganjurannya itu, hampir setiap daerah menyediakan tapak Bazar Asnaf, bahkan 530 asnaf menerima RM796,000 iaitu bantuan modal bagi memulakan perniagaan sempena Ramadan dan Aidilfitri, tahun lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.