Categories
SENI

CERPEN: Bergelongsor di Taman Tema Negara

Oleh Syafiq Ghazali

Saya tak rasa bermain gelongsor air di dalam seragam sekola hadalah sesuatu yang  praktikal namun itulah yang dicadangkan oleh cikgu kepada kami sewaktu lawatan ke Taman Tema Negara. Hendak tak hendak kami terpaksa mematuhinya (kata-kata cikgu kami berdaulat).

Kami beratur menunggu giliran dan saya lihat seorang demi seorang rakan saya menggelongsorkan tubuh mereka ke bawah; saya lihat juga seragam sekolah mereka basah lencun. Bila tiba giliran saya, entah kenapa, saya menutup mata.Membiarkan diri saya diseret mengikut alur gelongsor, saya dapat rasakan setiap inci tubuh saya habis basah di siram air yang  puncanya entah dari mana.

Saya menggelongsor dan terus menggelongsor.

Kerana merasa terlalu lama menggelongsor, saya akhirnya membuka mata. Alangkah terkejutnya saya bila melihat gelongsor air ini bersimpang-siur, berpintal-pintal, dan tidak kelihatan hujungnya. Menuruni alurnya,  saya merasa seperti Alice yang berputar-putar di udara sebelum mendarat di Negeri Ajaib. Saya kembali katupkan mata, dan cuba mengisi masa yang ada dengan memikirkan penyelesaian kepada masalah-masalah negara yang meruncing sekarang: ekonomi, politik, perpaduan.

Satu pun saya tiada jawapannya kerana, secara tiba-tiba, saya terlelap.

Di kala terjaga, sayamasih tidak sampai di hujung gelongsor; saya terus berpusing dan berpusing. Saya tak pasti sudah berapa lama saya berpusing-pusing begitutetapi saya harap, sangat harap, ia tidak akan berlarutan sehingga seribu satu malam.

Bila akhirnya mendarat entah berapa lama kemudian, saya dapati saya tidakberada di Negeri Ajaib atau pun dunia Shahrazad, sebaliknya saya jatuh terduduk di sebuah tempat yang kelihatan seperti ruang tangga kecemasan bangunan. Saya lantas bangkit dan memerhati sekeliling: hanya anak tangga yang kelihatan — dan sebuah pintu di hujungnya.

Dengan tubuh yang basahkuyup dari atas sampai bawah,  saya menuruni anak tangga,  membuka pintu itu dan melangkah masuk ke sebuah bilik. Di dalamnya terdapat empat orang lelaki — setiap seorang berkemejakot — duduk mengelilingi sebuah meja putih, sedang membincangkan sesuatu — sesuatu yang penting, barangkali, jika dinilai dari riak wajah mereka yang serius. Begitu saya memerhati dengan cermat saya dapati tiada kerusi yang menyangga punggung mereka;  mereka duduk di atas angin seperti yang dilakukan P. Ramlee dan rakan-rakannya di dalam Seniman Bujang Lapok.

Dan setelah mengamati de-ngan lebih dalam, saya dapati keempat-empat mereka memiliki wajah yang serupa — seratus-peratus serupa. Yang membezakan mereka hanyalah saiz tubuh (seorang gemuk, yang disebelahnya kurus dan dua lagi masing-masing tinggi dan pendek).Mulut mereka terkumat-kamit menyebut sesuatu yang sukar untuk saya tangkap maksudnya.
‘Saya di mana? ’Tanya saya.

Mereka berempat menoleh ke arah saya dan berpandangan sesama sendiri sejurus itu.
‘Kamu sesat,’ kata si gemuk, lebih kepada dirinya sendiri. Dan diulang-ulang pula kata-kata itu, secara serentak, oleh ketiga-tiga rakannya. Kemudian mereka, tanpa mempedulikan saya, kembali menyambung kumat-kamit  yang tidak saya fahami itu.

Merasa tidak dipedulikan,  saya keluar dari bilik itu, dan begitu saya berada di muka pintu, seorang gadis berdiri di hadapan saya. Dia sangat cantik, memakai gaun ringkas bergaris hitam putih, berambut potongan pixie seperti Jean Seberg di dalam À bout de souffle (saya menontonnya dua hari lalu, selepas ulang kaji), cuma warnanya merah.

Dia hampiri saya, menyatukan tapak tangannya dengan tapak tangan saya dan, tanpa berkata sepatah pun, terus mengheret saya bersama langkahnya. Dia membawa saya menuruni anak tangga, keluar dari bangunan dan tiba di sebuah taman.

Di kala itu hari sudah hampir senja dan tiang-tiang lampu yang berserakan di mana-mana mula menyimbahkan cahayanya. Saya lepaskan fokus – pandang saya kesekeli-ling. Di kiri saya terdapat hamparan padang hijau yang  luas dan pondok-pondok rehat; di sebelah kanan pula berderetan kedai-kedai makan. Di dalam salah satu kedai itu, saya lihat, kawan-kawan sekolah saya sedang menjamah makanan. Saya melambai-lambai ke arah mereka. Mereka berpaling tetapi sekadar memandang saya kosong.

Saya mahu mendapatkan mereka namun sigadis terus menyeret tubuh saya.

‘Kita mahu ke mana? ’Tanya saya.

Dia berhenti, memandang saya (jernih sekali matanya) dan berkata: ‘Pergi mencari diri kita.’

‘Di mana diri kita? ’tanyasaya, berkerut dahi.

Hanya segaris senyumannya (sungguh manis) yang menjawab soalan itu.

Kami menyambung langkah, dan sepanjang masa itu dia diam. Saya tidak begitu kisah kerana saya sudah berpuas hati dapat berpimpin tangan dengan gadis cantik.

Kami akhirnya berhenti di depan sebuah premis makanan segera.

‘Di sini ada diri kita? ’Tanya  saya.

Tanpa menjawab, diamasuk dan beratur untuk membuat pesanan. Sebelum mengekorinya, saya terlebih dahulu mengerling ke arah kedai nasi kandar di sebelah kanan premis makanan segera.

Terus saya terliur untuk menjamah nasi kandar.

Saya mendapatkan gadisi tu dan cuba memberi tahunya hasrat perut saya namun dia terlebih dahulu telah memesan dua set makanan segera.

Kami menempati sebuah meja, dan sewaktu kami makan, gadis itu ada mengatakan sesuatu, banyak sekali, tetapi tiada satu pun yang saya tangkap butirannya. Saya terlalu asyik menikmati kecantikan wajahnya (dan makanan segera di hadapansaya).

Entah sejak bila ia berlaku,  namun lama baru saya perasan perubahan pada wajahnya. Perlahan-lahan saya lihat wajah cantiknya bertukar menjadi hodoh dan seterusnya seratus-peratus membentuk rupa raksasa yang menakutkan. Meski demikian, seolah-olah tidak sedar perubahan  yang berlaku, dia terus likat berkata-kata.

Terus saya terjaga!

Leave a Reply

Your email address will not be published.