Categories
SELANGOR

Cup prix: Azrul nekad julang kejuaraan musim 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JUN: Pelumba OA Racing Team, Azrul Affendi Hadi membuktikan cabaran beliau tidak boleh dipandang ringan pasukan lain selepas berjaya menakluki litar lumba Stadium Hang Jebat, Melaka, pada 13 hingga 14 Jun lalu.

Kejayaan pasukan yang dianggotai Orang Asal Selangor dan berpangkalan di Kampung Bukit Tadom, Banting itu juga membolehkan Azrul menduduki tangga kedua dengan 63 mata di belakang pendahulu keseluruhan yang mengutip 79 mata keseluruhan.

Pengurus pasukan, Hadi Anak Jembik, berkata beliau yakin Azrul mampu mengekalkan kecemerlangan dalam baki lima pusingan akan datang.

IMG-20150617-WA006“Azrul berjaya menduduki petak pertama semasa ujian masa dan syukur sekali lagi dia berjaya jadi juara untuk kali kedua.

“Azrul semakin rapat dengan pendahulu. Ada lima pusingan lagi sebelum tamat, masih panjang tetapi saya yakin peluang Azrul untuk jadi juara keseluruhan tahun ini cerah,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azrul yang bertanding bagi kategori pro-am dalam kejohanan Petronas AAM Malaysian Cubprix Championship turut menjuarai pusingan di Temerloh dan menaiki podium beberapa kali dalam pusingan lain.

Pasukan itu bagaimanapun terpaksa berhadapan dengan masalah penajaan hingga tidak dapat beraksi di beberapa pusingan sebelum ini.

Ia mampu menjadi penghalang pasukan itu memburu kejuaraan keseluruhan kali ini jika masalah terbabit tidak diselesaikan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.