Categories
SELANGOR

Damansara Uptown dataran paling bersih di PJ

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 16 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan program Damansara Uptown Bersih dengan kerjasama syarikat pemaju hartanah, See Hoy Chan Sdn Bhd; Pusat Khidmat Adun Damansara Utama dan Persatuan Perniagaan Damansara Utama (DUBA).

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata kerjasama itu dijalin bagi mencapai objektif transformasi kawasan Damansara Uptown sebagai dataran komersial paling bersih di Petaling jaya.

“Pelan gabungan inisiatif ini untuk meningkatkan tahap kebersihan di kawasan Damansara Uptown melalui penguatkuasaan dan tahap perkhidmatan MBPJ, kesedaran serta penglibatan masyarakat dalam menjayakannya,” kata Azizi ketika pelancaran program itu, di sini, hari ini.

ND4_4847Pengerusi DUBA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif See Hoy Chan Sdn Bhd, Joe Tan, berkata projek memperindahkan kawasan Damansara Uptown meliputi kerja naik taraf aliran trafik, memperbaiki jalan dan kerja pembersihan.

“Antara kawasan penting yang perlu dijaga tahap kebersihannya adalah kedai makan, hotel dan kawasan persekitaran.

“Komitmen yang diberi akan membolehkan visi kita menjadikan Damansara Uptown kawasan paling bersih direalisasikan,” katanya.

Sementara itu, Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata transformasi itu bakal memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan kawasan bersih mempengaruhi kehidupan yang sihat.

“Selain itu, kita dapat menarik pelancong dan menjadikan Damansara Uptown sebagai inspirasi di kawasan mereka,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.