Categories
SELANGOR

Selangor ketengah bakat baru sukan badminton

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 JUN: Selangor bakal melaksanakan pertandingan badminton besar-besaran dalam usaha menonjolkan bakat baru yang digilap di bawah kelab naungan bekas pemain negara.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pelapis dalam sukan itu perlu dilahirkan segera supaya mereka setanding dengan pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei.

badminton gombak1“Kita tahu ramai bekas pemain negara terbabit secara peribadi di kelab bagi melatih bakat baru. Setiap jurulatih sudah tentu mempunyai lebih 10 pemain kecil untuk dilatih.

“Jadi, kita dalam perancangan berbincang dengan mereka berkenaan bagaimana mampu melahirkan lebih ramai pemain baru supaya dapat dijadikan pelapis masa depan,” katanya.

Amirudin berkata, kKekurangan pelapis muda dalam sukan badminton turut membuka mata Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan bekas pemain negara bagi melahirkan lebih ramai pemain baru.

amiruddin“Seperti bola sepak, badminton juga antara sukan yang sangat cemerlang dalam pembangunan sukan negeri. Ramai pemain mahir yang lahir dari negeri ini.

“Sudah menjadi kebiasaan, ada kelab yang lahirkan pemain. Jadi, kita mahu keluar dari tradisi ini dan timbulkan suasana baru dalam sukan badminton di Malaysia.

“Jadi, tiada masalah untuk Selangor melahirkan bakat baru dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Negeri (MSN) sentiasa memantau supaya kita tiada masalah dalam hal ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.