Categories
NASIONAL

DHPP mohon dibenar mengundi pemilihan

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR,5 JUN: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memohon pertimbangan PAS membenarkan kumpulan itu untuk mengundi pada sesi Muktamar akan datang.

Pewakilan DHPP, Asokan Promal berkata DHPP sewajarnya diberi ruang dan kesediaan PAS berbuat demikian.

muktamar pas“Kami banyak anjurkan program PAS peringkat kawasan dan negeri, dalam membantu usaha PAS menyebarkan mesej politik kepada bukan Islam.

“Justeru, kami minta pertimbangan sekali lagi untuk presiden membenarkan kami mengundi di Muktamar akan datang,” katanya disambut tepukan gemuruh pewakilan dan pemerhati di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Dewan Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Katanya, hasrat itu bersandarkan kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan DHPP sebagai aset parti Islam itu.

“Seperti yang Presiden katakan, kami adalah aset PAS. Jadi, janganlah harapan ini diabaikan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.